sweet

sweet
langit tak selalunya cerah, tak selalu jugak terang.. tapi ada perkara yang kita semua perlu saling mengingati adalah kekuasaan ALLAH yang mampu mengubah....

Monday, February 22, 2016

ALLAH perancang terbaik HIDUPMU



apabila kerinduan tidak dapat diungkapkan dengan kata2.. hanya air mata shaja yg jdi peneman setia.. saat org lain kelihatan riang ria.. aq disini turut tersenyum berkongsi keriangan indah yg dmiliki mereka tanpa aq sedar air mata deras mencurah di pipi menghilangkan tangisan hati yg berbisik "suatu hari nanti kau pasti dpat merasai sepertimana mereka merasai.."....


“sabar.. sabar itu indah..” jangan singkirkan senyuman yang manis di bibirmu itu.. tiap langkahmu pasti di iringi malaikat yang menjagamu.. Kekasihmu nan 1 tidak pernah meninggalkan mu selagi kau tidak melupakannya.. ALLAh.. berat sangat yang nak dihadapi ini.. tapi kata hati kecil sahabat yang tidak pernah tinggalmu berbisik lagi.. "ALLAh tahu kau mampu.. kau mampu berlawan dengan ujian kecil yg dia berikan utk mu..."


melangkah lemah lagi kaki ini.. sahabat kecil yang sentiasa jdi peneman berbisik lagi.. "jangan kau tangisi setiap yang terjadi pada dirimu..sesungguhnya kau masih lagi diberikan kenikmatan hidup yang tidak semua orang memilikinya.. kau masih punya kedua orang tua mu.. yang sentiasa tidak lupa mendoakan mu.. mendoakn kesejahteraanmu utk perolehi kehidupan yang terindah sepanjang usia mu..."


ALLAH.. rindunya pada kedua kekasih hati ku... kekasih hati ku dunia akhirat.. kekasih hati ku yang tidak akan pernah tinggalkan aq saaat aq sakit.. saat aq berduka malah akan terus senyum jika melihat ada sinar kebahagian dlam hidup aq.. "mama... ayah.. kekasih ku yang sangat2 aq kasihi, maafkan anakanda mu ini sepanjang hayat ku banyak yang telah aq sakiti.. banyak yang telah aq melukai.. sesungguhnya aq banggga punyai kalian berdua yang tidak malu mengakui aq anakmu.. doa ku moga kalian berdua sentiasa dikurniaankan kesihatan yang baik.. dan aq berharap org pertama yang aq akan berjumpa nanti di akhirat adalah kalian berdua di syurga ALLAH.. amin" ………………..

dan hati kecil berbisik lagi… “kau juga telah dikurniakan kenikmatan yang tidak semua orang juga memiliki iaitu kau dikurniakan ‘kesihatan yang baik’ yang mana kau masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman ALLAH ni.. jangan mengeluh kau pasti kuat menghadapi”.................


Lalu kaki yang lemah melangkah tadi terus bergerak laju sambil tangan menyapu air mata yang membasahi pipi sebentar tadi dengan senyuman yang penuh dgn keriangan serta mata penuh terpancar kesinaran membina sebuah semangat baru, yang seketika tadi patah kerana terasa hatinya kesunyian. Tetapi kerana sahabat kecil yang tidak pernah meninggalkannya berbisik, demi kedua orang tuanya dia bangun dengan harapan baru..

“”Sesungguhnya ALLAh tidak akan menguji Kamu melebihi batas yang kamu mampu hadapi.. ALLAH mendatangi kamu berbagai ujian kerana ALLAH menyayangi kamu supaya Kamu sentiasa mengingati..””….

“ALLAH itu adalah perancang yang terbaik dalam hidupmu”.. istiqomah diri dan yakinlah dengan ketentuanNYA.. Percayalah semua pintu rezeki itu datang dari ALLAH dan selagi mana kau mengingati kedua orang tua mu selagi itu kamu masih Berjaya dalam hidup..

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kita sering lupa dengan kenikmatan yang ALLAH berikan pada kita iaitu nikmat sihat tubuh badan dan masih dikurniakan orang tua yang tidak pernah melupakan kita. Tidak semua org dilimpahi dengan kekayan dan tidak semua yang perolehi nikmat dua perkara ini.. jadi hargailah kedua org tua mu.. kepada sahabat yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua org tua mu, sampaikan ALFATIHAH untuk mereka di sana agar mereka bangga punyai anak sepertimu..


Nurkilan

-qsrullsya-

No comments:

Post a Comment