sweet

sweet
langit tak selalunya cerah, tak selalu jugak terang.. tapi ada perkara yang kita semua perlu saling mengingati adalah kekuasaan ALLAH yang mampu mengubah....

Monday, February 22, 2016

ALLAH perancang terbaik HIDUPMU



apabila kerinduan tidak dapat diungkapkan dengan kata2.. hanya air mata shaja yg jdi peneman setia.. saat org lain kelihatan riang ria.. aq disini turut tersenyum berkongsi keriangan indah yg dmiliki mereka tanpa aq sedar air mata deras mencurah di pipi menghilangkan tangisan hati yg berbisik "suatu hari nanti kau pasti dpat merasai sepertimana mereka merasai.."....


“sabar.. sabar itu indah..” jangan singkirkan senyuman yang manis di bibirmu itu.. tiap langkahmu pasti di iringi malaikat yang menjagamu.. Kekasihmu nan 1 tidak pernah meninggalkan mu selagi kau tidak melupakannya.. ALLAh.. berat sangat yang nak dihadapi ini.. tapi kata hati kecil sahabat yang tidak pernah tinggalmu berbisik lagi.. "ALLAh tahu kau mampu.. kau mampu berlawan dengan ujian kecil yg dia berikan utk mu..."


melangkah lemah lagi kaki ini.. sahabat kecil yang sentiasa jdi peneman berbisik lagi.. "jangan kau tangisi setiap yang terjadi pada dirimu..sesungguhnya kau masih lagi diberikan kenikmatan hidup yang tidak semua orang memilikinya.. kau masih punya kedua orang tua mu.. yang sentiasa tidak lupa mendoakan mu.. mendoakn kesejahteraanmu utk perolehi kehidupan yang terindah sepanjang usia mu..."


ALLAH.. rindunya pada kedua kekasih hati ku... kekasih hati ku dunia akhirat.. kekasih hati ku yang tidak akan pernah tinggalkan aq saaat aq sakit.. saat aq berduka malah akan terus senyum jika melihat ada sinar kebahagian dlam hidup aq.. "mama... ayah.. kekasih ku yang sangat2 aq kasihi, maafkan anakanda mu ini sepanjang hayat ku banyak yang telah aq sakiti.. banyak yang telah aq melukai.. sesungguhnya aq banggga punyai kalian berdua yang tidak malu mengakui aq anakmu.. doa ku moga kalian berdua sentiasa dikurniaankan kesihatan yang baik.. dan aq berharap org pertama yang aq akan berjumpa nanti di akhirat adalah kalian berdua di syurga ALLAH.. amin" ………………..

dan hati kecil berbisik lagi… “kau juga telah dikurniakan kenikmatan yang tidak semua orang juga memiliki iaitu kau dikurniakan ‘kesihatan yang baik’ yang mana kau masih lagi bernafas di muka bumi pinjaman ALLAH ni.. jangan mengeluh kau pasti kuat menghadapi”.................


Lalu kaki yang lemah melangkah tadi terus bergerak laju sambil tangan menyapu air mata yang membasahi pipi sebentar tadi dengan senyuman yang penuh dgn keriangan serta mata penuh terpancar kesinaran membina sebuah semangat baru, yang seketika tadi patah kerana terasa hatinya kesunyian. Tetapi kerana sahabat kecil yang tidak pernah meninggalkannya berbisik, demi kedua orang tuanya dia bangun dengan harapan baru..

“”Sesungguhnya ALLAh tidak akan menguji Kamu melebihi batas yang kamu mampu hadapi.. ALLAH mendatangi kamu berbagai ujian kerana ALLAH menyayangi kamu supaya Kamu sentiasa mengingati..””….

“ALLAH itu adalah perancang yang terbaik dalam hidupmu”.. istiqomah diri dan yakinlah dengan ketentuanNYA.. Percayalah semua pintu rezeki itu datang dari ALLAH dan selagi mana kau mengingati kedua orang tua mu selagi itu kamu masih Berjaya dalam hidup..

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kita sering lupa dengan kenikmatan yang ALLAH berikan pada kita iaitu nikmat sihat tubuh badan dan masih dikurniakan orang tua yang tidak pernah melupakan kita. Tidak semua org dilimpahi dengan kekayan dan tidak semua yang perolehi nikmat dua perkara ini.. jadi hargailah kedua org tua mu.. kepada sahabat yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua org tua mu, sampaikan ALFATIHAH untuk mereka di sana agar mereka bangga punyai anak sepertimu..


Nurkilan

-qsrullsya-

Friday, February 28, 2014

tiada yang terindah

terasa lamanyer xupdate blogger ini...

tak tahu nak update apa sebenarnya.. hihi... Tetapi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




meh sini rapat-rapat, dekat-dekat meh... syasya nak kongsikan satu kerjaya syasya wat sekarang ni... hehehe. syasya tengah mencari-cari kerja lagi ini tak tahu pe nak wat timbul 1 idea yang syasya create sendiri...

nak tahu apa Tak?????
jom turun bawah ni... -------------------------------------------
//
/
/
/
/
/
/
/
/

//
/
/
/
/
/
/

/
/
//
/

/
//
/

//
/
 ha!!! dah sampai pon.. jom like page syasya kat link ni....


 https://www.facebook.com/Qsrullsyahousecakes



syasya wat moist coklat cake... jom support syasya join... jgn malu yer.. meh la jenguk2 pages syasya ni.. jgn lupa like sekali taw... trus pm syasya klu tekak terasa nk yang sweet2 gitu... hehe

Thursday, July 5, 2012


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

P/S PDH : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

Saturday, February 18, 2012

Ya ALLAH..
Redhakanlah aku dengan apa yang Engkau tentukan untuk aku.. sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui.. sedangkan aku tidak mengetahui...
Jika sudah tertulis dia bukan jodoh ku... maka Engkau buangkanlah perasaan yang ada dalam hatiku ini... jika dia jodohku, maka Engkau lahirkanlah perasaan cintaku pada dirinya...


YA ALLAH...
Jika benar aku bukan tercipta dari tulang rusuk kirinya.. maka aku redha.. Engkau tentukanlah yang terbaik untukku...
Jika Engkau sedang menguji aku.. YA ALLAH.. maka permudahkanlah ujian ini.. aku tahu sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambamu itu melampaui batas kemampuannya...


YA ALLAH..
Peliharakanlah hubungan kami.. supaya hubungan kami tidak dicemari oleh dosa-dosa zina.. kekalkan hubungan kami.. Semoga hubungan kami berlanjutan sehingga ke hubungan yang halal.. dan seterusnya sehingga akhir hayat kami...
Jika diizinkan oleh-Mu.. YA ALLAH.. satukanlah kami di dunia dan juga di akhirat kelak..
Jauhkanlah kami dari godaan dan hasutan syaitan yang direjam... Sesungguhnya... Kami memohon keredhaanMu..


YA ALLAH..
tentukanlah yang terbaik untuk hubungan kami dan satukanlah hati kami selamanya....
AMIN...


YA ALLAH Sesungguhnya aku teramat mencintai dirinya.. Moga termakbul doa ku ini... syg SNAB...



Thursday, January 19, 2012

Hati Menangis tak siapa tahu..

dia segalanya pada ku.." tiapa kata nya yang berguna akan ku selalu ingati.. tapi sari ke sari dia mulai mengabaikan aku.. sering kali memarahi aku.. aku sedih.. tiap kali hati aku menagis... dia tidak pernah bersikap begitu dengan aku sepanjang perkenalan kami... tapi sejak akhir2 ni dia sering kali berubah sikap.. segala prihal yang aku lakukan, setiap keluhan yang aku cerita dianggapnya cuma mainan, dia sering menyoal aku soalan ni " dah abis dah? xde cerita lain dah ker?"... pengakhirannya dia tamatkan perbualan aku.. aku yang sangat memerlukan dia terkaku dengan tindakan tersebut.. apa salahnya aku.. mana sikap caring dia yang dulu, mana sikap dia yang sangat indah di mata aku dlu... semuanya hilang begitu sahaja.. dia tidak lagi pedulikan aku.. setiap kali aku tatapi potret wajah dia, hati aku menangis, pipi aku dibasahi dengan linangan air mata yang sentiasa menjadi teman ku, jari pula yang sentiasa di sisi... mungkin aku xsempurna di matanya, tapi aku juga tetap punya hati dan perasaan.. terima kasih sayang untuk segalanya... doa ku semoga apa yang ingin dikecapi tercapai.. moga perniagaan baru mu juga berjalan lancar dan dimajukan dengan sebaiknya...."

                                                                                                                               luahan hatiku...                                                                                                                                        -syasya-


Sunday, January 15, 2012

Mutiara Hati

  • * Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
  • * Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • * Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA..
  • * Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
  • * Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
  • * Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • * Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • * Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • * Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • * Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • * Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • * Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • * Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian







Utusan Rindu...


Ku ingin kamu menjadi milik ku kerana ku ingin kamu selalu disampingku,
Ku ingin kamu temani ku di setiap waktu kerana ku tak bisa lalui kehidupan ini tanpa kamu,
Ku ingin kamu menyayangi ku kerana ku jua amat menyayangi kamu,
Ku ingin kamu setia dengan ku kerana kamu adalah teman hidup ku,
Ku ingin kamu menyintai ku kerana kamu adalah segalanya untuk ku,
Ku juga ingin kamu menjaga ku seluruh hidup mu kerana ku adalah anugerah terbaik dari Tuhan buat kamu,
Ku ingin kamu tahu ku amat mengasihi kamu kerana kamu teristimewa di hati ku…
Alangkah indahnya hidup ini bila kita dicintai dan disayangi,
Kebahagiaan diri ini adalah melihat insane yang dicintai bahagia,
Seandainya diri ku tiada di sisi mu,
Ingatlah bahawa ingatan ku, cinta ku, dan kasih sayang ku tetap bersamamu,
Doa ku akan sentiasa mengiringi langkah kaki mu,
Kerana dikau amat ku cintai selamanya…