Ku ingin kamu menjadi milik ku kerana ku ingin kamu selalu disampingku,
Ku ingin kamu temani ku di setiap waktu kerana ku tak bisa lalui kehidupan ini tanpa kamu,
Ku ingin kamu menyayangi ku kerana ku jua amat menyayangi kamu,
Ku ingin kamu setia dengan ku kerana kamu adalah teman hidup ku,
Ku ingin kamu menyintai ku kerana kamu adalah segalanya untuk ku,
Ku juga ingin kamu menjaga ku seluruh hidup mu kerana ku adalah anugerah terbaik dari Tuhan buat kamu,
Ku ingin kamu tahu ku amat mengasihi kamu kerana kamu teristimewa di hati ku…
Alangkah indahnya hidup ini bila kita dicintai dan disayangi,
Kebahagiaan diri ini adalah melihat insane yang dicintai bahagia,
Seandainya diri ku tiada di sisi mu,
Ingatlah bahawa ingatan ku, cinta ku, dan kasih sayang ku tetap bersamamu,
Doa ku akan sentiasa mengiringi langkah kaki mu,
Kerana dikau amat ku cintai selamanya…
No comments:
Post a Comment