Sejak kecil aku di didik dan di asuh oleh nya.. dia sangat penyayang.. dia juga tidak pernah jemu untuk layani kerenah aku.. dia seorng insan yang sangat tabah harungi segala rintangan yang ada.. setiap onak dan duri yang ada sangat hebat di landanya.. tidak pernah kenal erti penat dan lelah.. yang dia tahu kebahagiaan untuk diriku serta saudara ku... dia yang aku maksudkan adalah MAMA ku tercinta... insan yang selamanya di hatiku...mama saya sayang mama sangat2.. tiada yang dapat mengantikan mu disisi ku.. yang sentiasa ada di sisi kala jatuh dan bangun ku sebagai seorang yang sangat memerlukan pelukan dan belaian dari mu... setiap hari selesai solatku akan ku titipkan sekalung Doa untuk kesejahteraanmu... tak temampu untuk diri ni membalas jasa mu... setiap budi dan jasa yang di taburnya adalah selautan emas yang tidak ternilai erti... itulah kehebatan seorang ibu,,, tangan yang mampu menggoncang dunia... hidup tanpanya terasa sangat lesu dan amat terseksa....
Dia juga tak ku lupa.. sentiasa di hatiku... seorang insan yang banyak berkorban mencari sesuap nasi bagi mengisi perutku yang sentiasa kelaparan... tidak pernah sekalipun dia menghiraukan apa saja halangan yang menanti di depan, lautan api sekalipun tetap di harunginya.. alasan nya ingin melihat kegembiraan di hati putera dan puterinya.... kokkan ayam belum lagi kedengaran dia masih lagi berjuang mencari rezeki yang halal untuk keluarga tercinta.. dia lah segalanya.. ketua yang menjadi pegangan kami semua... insan yang tidak kena erti jemu dalam menjanjikan kebahagian buat anak-anak dan isteri tercinta... dia yang sangat aku hormati, dia juga yang sangat aku kagumi, kerana dia aku masih bernyawa lagi..... dia yang ku sebut adalah AYAH kesayangan ku.. yang sentiasa mendidik ku...tiap langkah yang di susurinya aku iringi bersama doa dan harapan moga sejahtera kepada yang dikurnia.... sayang ayah....
YA ALLAh ya tuhan ku yang maha pengasih lagi maha penyayang... kau titipkan seluas lautan kurniaan kesihatan yang baik ke atas kedua orang tua ku.. orang-orang yang sentiasa berjuang untuk aku dan ku permata hati mereka yang lain iaitu kakak-kakak dan juga kesayangan adik yang dikasihi... moga selamanya DIA DIHATIKU.... PERMATA YANG CUKUP BERNILAI bagi aku seorang insan yang kerdil....
" kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih ayahnya rela berpayahan............."
kasih abadi untuk keluarga tercinta.....
nice blog...bess...gud job
ReplyDelete